English

MEMILIH SUSU YANG TEPAT

RUMUSAN PRODUK

Memilih Susu yang Betul

Terdapat beberapa cadangan untuk memudahkan proses anda membuat keputusan:

 

Berbincang dengan pakar pediatrik anda untuk menentukan keperluan anak anda untuk pertumbuhan optimum. Mereka akan bertanya mengenai tabiat makan, aktiviti, sejarah perubatan anak anda, dan mengukur pelbagai indikator pertumbuhan. Anda akan diberi maklumat yang lebih teliti mengenai keperluan pemakanan harian anak anda.

Pediatrik mungkin memberi sampel bagi dibawa pulang untuk dicuba oleh anak anda supaya anda dapat menentukan sama ada anak anda suka dengan rasa dan konsistensi tersebut. Pakar pediatrik anda perlu menyemak sama ada anak anda mengalami alahan kepada bahan-bahan tertentu. Kanak-kanak yang alah laktosa tidak boleh menghadam rumusan susu dengan laktosa. PediaSure® adalah alternatif berkhasiat untuk kanak-kanak yang alah laktosa untuk mencapai pertumbuhan optimum.

 

Sekiranya anak anda cerewet makan, dia mungkin tidak mempunyai pemakanan yang lengkap dengan pengambilan nutrisi harian yang mencukupi. Jumlah protein, karbohidrat, dan nutrien lain dalam kombinasi antara satu sama lain yang menyebabkan satu jenama susu berbeza dari yang berikutnya.

Pastikan anda memahami bahan-bahan di belakang pakej produk secara terperinci. PediaSure® memenuhi atau melebihi 100% daripada Aset Rujukan Pemakanan Amerika Syarikat (DRI) untuk protein, 25 vitamin, dan mineral untuk menyokong pertumbuhan optimum2

 

Walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, pengambilan susu yang bersesuaian dengan kumpulan umur anak anda adalah penting.

Setiap kanak mempunyai keperluan pemakanan yang berbeza ketika dia membesar. Pastikan anda membaca label pada pembungkusan formula susu sebelum membuat pembelian anda. Anak anda memerlukan nutrien yang tepat pada jumlah yang betul untuk menyokong tahun-tahun pertumbuhannya. PediaSure® menyediakan nutrisi lengkap dan seimbang untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 10 tahun untuk mengekalkan pertumbuhan fizikal secara optimum.

 

Anda mahu anak anda membesar dengan meminum rumusan yang sama untuk mencapai hasil yang konsisten, jadi pastikan anak kecil anda gemari rasa dan tidak ada masalah untuk meminumnya.

Tahukah anda, rasa adalah faktor nombor satu yang mempengaruhi pilihan rumusan susu anak anda? Oleh sebab kebanyakan jenama rumusan susu ditawarkan dalam pelbagai perisa, ia adalah penting untuk mengenal pasti pilihan anak anda dengan meminta sampel atau membawa anak anda ke pameran bergerak untuk mencuba sampel produk.

PediaSure® ditawarkan dalam dua rasa yang lazat: Coklat dan Vanila, Mencuba rasa susu boleh memastikan anak anda mendapat nutrien yang tepat berdasarkan pilihan rasa anak anda.

 

Akhirnya anda memutuskan satu jenama. Anak anda suka rasa jenama yang dipilih dan anda melihat peningkatan fizikal anak anda yang jelas.

Setiap keputusan yang anda buat akan memberi impak kepada masa depan anak anda. Mulakan dengan pilihan rumusan susu yang betul. PediaSure®, susu yang dirumuskan secara saintifik untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak anda. Dengan pemakanan yang betul, anak anda akan mencapai pertumbuhan fizikal yang optimum di masa depan.

 

Rujukan

1https://www.babycenter.com/0_how-to-buy-baby-formula_1334669.bc

2 Alarcon P et al. Pediatr.2003; 42: 209-217