English

APA KATA IBU BAPA

Tutu-Ah

Semasa anak saya berumur 3 tahun, dia enggan mengambil formula susu dan makanan pejal. Dia cuma makan bubur kosong, tak ada sayur ataupun daging. Apabila dia berumur 5 tahun dan masuk ke prasekolah, dia terlalu kecil dan rendah. Setiap kali ada aktiviti sekolah, dia akan menyertai kumpulan 4 tahun sebab dia tidak mempunyai keupayaan kanak-kanak 5 tahun disebabkan ketinggiannya. Saya cuba pelbagai rumusan susu tetapi dia menolak kesemuannya. Sehinggalah suatu hari, saya cuba memberinya PediaSure® daripada sampel yang saya terima. Dia suka. Rasa macam ais krim, katanya.
Sejak hari itu, dia minum sekurang-kurangnya 3 gelas setiap hari. Pada hari dia beratur di perhimpunan untuk orientasi hari pertama sekolah rendahnya, dia sama tinggi dengan pelajar-pelajar lain. Dia tidak perlu berdiri di hadapan barisan. Terima kasih PediaSure®, anda meringankan kebimbangan saya kerana anak saya membesar secara optimum.

 
Kate-Myy

Dulu, anak perempuan saya sangat kurus kerana dia cerewet makan. Apabila dia berumur 2 tahun, saya bawanya untuk pemeriksaan kesihatan biasa di klinik pediatrik. Doktor syorkan PediaSure® untuk pemakanan seimbang yang diperlukan untuk pertumbuhannya, memandangkan dia kurang berat pada waktu itu. Saya menerima nasihat doktor dan ia mengejutkan saya, tidak lama kemudian berat badan anak saya menambah baik dan mempunyai selera yang lebih baik!
Saya akui, ia takkan berlaku tanpa PediaSure®! Saya mesti ucapkan terima kasih kepada doktor sebab mencadangkan PediaSure®. Dia masih minum PediaSure® setiap hari walaupun berumur 10 tahun! Dia sangat sukakannya!

 
Puan-Yus

Anak saya, Arsyad terpaksa dirujuk kepada doktor kerana cerewet makan dan ini menyebabkan berat badannya rendah. Pada masa itu, dia selalu dijangkiti selesema dan demam. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya. Saya cuba beberapa formula susu dan suplemen, tapi dia menolak kesemuanya. Sebagai penyelesaian, doktor mencadangkan PediaSure®. Selepas beberapa bulan, dia mencapai ketinggian dan seleranya manambahbaik. Dengan Pediasure®, dia kurang jatuh sakit dan pertumbuhannya berada di landasan yang betul.
Sekarang, Arsyad dah 2 tahun dan membesar dengan sihat dan pintar. Ya, saya seorang Supermom kerana saya ada PediaSure®.

 
Jerry-Teo

Dulu, anak saya lebih rendah berbanding rakan sekelasnya. Sebagai ibu, saya sangat bimbang kerana setiap ibu mahu anak mereka bertambah tinggi dan kuat. Biasanya anak saya makan makanan yang tak seimbang. Disebabkan saya bimbangkan tahap pertumbuhan anak saya, saya menghabiskan lebih banyak masa dengan anak saya, dan kami bersenam sekurang-kurangnya satu jam pada hujung minggu. Kami berunding dengan doktor untuk pelan diet yang lebih baik untuk meningkatkan bukan sahaja kesihatannya tetapi juga ketinggiannya.
Sejak itu, anak lelaki saya mula bertumbuh lebih tinggi dan yang penting sekali, kini dia sihat dan aktif. Melihatnya membesar dengan sihat adalah perkara yang paling gembira dalam hidup saya. Terima kasih Abbott PediaSure®!

 
Jasmine-Wong

Anak kecil saya kurang selera untuk makan makanan pepejal tetapi boleh habiskan sebotol susu dan mahu terus menyusu sepanjang masa. Ada kalanya dia akan buat perangai semasa waktu makan malam, dia tak mahu makan semua makanan yang saya beri. Saya sangat bimbang dia tidak mendapat tenaga dan nutrisi yang cukup untuk pertumbuhan fizikal dan perkembangan mentalnya. Mujurlah kakak ipar saya cadangkan PediaSure® kepada saya untuk anak saya sehingga hari ini. Saya sangat lega, dia kini semakin sihat seperti anak-anak biasa yang aktif dan sedia untuk prasekolahnya. Saya bersyukur kerana PediaSure® membantu saya semasa anak kecil saya beralih ke makanan pepejal.

 
Mohd-Husaini

Nak capai potensi diri anak-anak bukan mudah. Tambah-tambah lagi jenis yang kurang selera makan. Mana nak dapat tenaga untuk buat aktiviti. Keperluan nutrien yang tidak cukup amat merisaukan saya. Macam-macam cara saya buat untuk tambah selera anak. Nak suap vitamin memang susah. Tapi sejak saya tukarkan susunya kepada Pediasure®, nampak ada perubahan. Makan pun lebih berselera. Sekarang saya banyak dedahkan anak saya dengan dunia luar dan alam semula jadi. Nampak minatnya lebih cenderung dengan alam semula jadi. Moga dia membesar dengan sihat dan cergas bersama Pediasure® serta mampu mengembangkan lagi potensi diri pada masa hadapan