English

APA YANG ANDA PERLU TAHU MENGENAI ANAK ANDA

Adakah anak anda membesar dengan optimum? Jika anda ragu-ragu dan bimbang, bawa anak anda berjumpa pakar pediatrik (klik di sini untuk senarai) untuk memastikan dia berada di landasan yang betul untuk tumbesaran optimum.

Di bawah ini adalah senarai yang perlu anda ketahui sebelum berjumpa pakar pediatrik:

expert-voice-1

Rekod Perubatan Anak Anda

  • Adakah anak anda mempunyai alahan makanan atau laktosa (susu)?
  • Adakah anak anda mempunyai penyakit keturunan?
  • Adakah anak anda mempunyai masalah kesihatan yang lain?
expert-voice-2

Rekod Diet dan Pemakanan

  • Siapa yang memberi anak anda makan di rumah?
  • Adakah anak anda tidak gemar mencuba makanan baru?
  • Adakah anak anda makan terlalu sedikit?
  • Berapa banyak gelas air anak anda minum dalam sehari?
  • Adakah anak anda mudah terganggu semasa makan?
  • Adakah anak anda menangis apabila melihat makanan?
expert-voice-3

Aktiviti Fizikal & Tabiat Peribadi

  • Adakah anak anda melakukan aktiviti fizikal setiap hari? Jika ya, berapa lama?
  • Apakah aktiviti fizikal yang dilakukan anak anda?
  • Berapa jam anak anda tidur/baring setiap hari?
  • Berapa jam anak anda mengadap skrin sehari?
  • Adakah anak anda dilatih ke tandas?
  • Adakah anak anda mencuci tangannya sebelum dan/atau selepas ke bilik air?
  • Adakah anak anda berus gigi dua kali sehari?
  • Adakah anak anda selalu sakit?

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Anak Anda

PENTINGNYA MENGUKUR & MENGAWASI TUMBESARAN ANAK ANDA

Lebih Yakin. Mulakan dari Awal.

Tumbesaran merupakan petunjuk penting bagi kesihatan dan status nutrisi seseorang kanak-kanak. Amat penting untuk mengukur DAN mengawasi ketinggian kanak-kanak untuk menilai sama ada dia memperolehi makanan dan suplemen yang mencukupi. Anak kecil lebih berisiko kerana mereka memerlukan nutrisi yang tinggi untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan. Jika anda dapat mengesan kekurangan nutrisi pada anak anda di peringkat awal, ini akan mengurangkan kesan terhadap tumbesaran dan perkembangannya.

PERTAMBAHAN KETINGGIAN IALAH PETANDA BAIK NUTRISI YANG MENCUKUPI

Ia menunjukkan tubuh memperolehi cukup "bahan" - nutrien daripada makanan - untuk berjaya menghasilkan tisu tulang yang kuat.

Ini turut menunjukkan hormon dan metabolik tubuh berfungsi dengan baik, menyokong pertumbuhan otak dan sistem tulang yang berterusan.

Bukti yang lebih dipercayai mengenai pertumbuhan sihat berbanding berat badan yang terhasil daripada sintesis tisu adipos dan bukan pertumbuhan tisu tanpa lemak dan tisu tulang.