KESILAPAN YANG BOLEH MEMPENGARUHI TUMBESARAN OPTIMUM ANAK ANDA

Kesilapan Yang Boleh Mempengaruhi Tumbesaran Optimum Anak Anda

Banner
Banner
Banner

Jangan biarkan kesilapan umum ini mempengaruhi tumbesaran optimum anak anda.

Jangan biarkan kesilapan umum ini mempengaruhi tumbesaran optimum anak anda.

Salah.
Susah untuk makan mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan atau amalan pemakanan tidak sesuai. Anda boleh meningkatkan pemakanannya agar dia memperolehi makanan yang mencukupi untuk membesar dengan baik.

 

Anda tidak perlu mengawasi tumbesarannya.

Salah.
Apabila anda mengawasi tumbesarannya, anda boleh mengesan sebarang masalah kekurangan nutrisi atau masalah kesihatan yang mungkin tidak dikesan, sama ada anak anda sakit atau tidak.

Pendek atau kurang berat badan bukanlah satu masalah.

Salah.
Seorang kanak-kanak yang tidak membesar dengan baik mungkin menghadapi pembantutan, kurang menyerlah di sekolah, dan menghadapi risiko tinggi menghidap obesiti dan penyakit kronik berkaitan nutrisi.

 

Saya tidak dapat membantu tumbesaran anak saya.

Salah.
Nutrisi yang baik akan mengoptimumkan tumbesaran anak anda – tetapi jangan tunggu sehingga anak anda telah meningkat usia.

Jika saya pendek, anak saya pendek juga.

Salah.
Dengan penjagaan dan pemakanan yang betul, anak anda boleh membesar lebih tinggi dan tidak perlu mengalami tumbesaran yang lemah.

4 Langkah Untuk Membesar Tinggi Dan Baik

Langkah 1: Pengawasan Tumbesaran

Jangan terlepas tahun-tahun kritikal anak anda membesar. Rekod tumbesarannya 1-2 kali setiap tahun dengan doktor sebelum hari jadi ke-10 mereka.

Langkah 2: Pemakanan yang Baik

Berikan anak anda pemakanan yang sederhana, seimbang dan pelbagai.

Langkah 3: Makan dengan Lebih Baik

Tanya doktor anak anda bagaimana sistem pemakanan IMFeD dapat membantu mengatasi masalah makan anak anda dan membuatkan waktu makan menyeronokkan.

Langkah 4: Sokongan Nutrisi

Memberi 2 hidangan sokongan nutrisi lengkap setiap hari dapat membantu meningkatkan tumbesaran anak anda agar berada dan kekal di landasan betul.

Discover our products 

Related Articles