English
KEPENTINGAN SELERA UNTUK TUMBESARAN

Kepentingan Selera Makan untuk Tumbesaran

Pentingnya anak anda mempunyai selera makan yang baik bukan sekadar untuk mencapai tumbesaran optimum mereka. Sekiranya mereka tidak mengekalkan selera makan yang sihat, masalah lain akan muncul. Inilah sebabnya selera sangat penting untuk anak anda.

Memastikan Anak Anda Membesar Dengan Optimum

optoheight-child

Tahukah anda, lima tahun pertama kanak-kanak adalah peluang untuk tumbesaran? Selera makan kanak-kanak atau kekurangan selera boleh mengakibatkan apa yang mereka makan tidak membekalkan nutrien yang mencukupi untuk tumbesaran optimum.

Pastikan anak anda turut memperolehi zat besi dalam makanan mereka. Kanak-kanak yang kekurangan zat besi kurang selera makan. Berikan mereka makanan yang kaya zat besi seperti selada air, kubis daun, dan daging.

Kurangkan Hari Sakit

Sick Days

Berikan anak anda nutrien penting yang menyokong sistem imunitinya. Jika anak anda sentiasa jatuh sakit, ini akan menjejaskan tumbesaran, kemahiran kognitif, dan sosial.

Tahukah anda, prebiotik dan probiotik adalah bakteria baik dalam tubuh anak anda yang meransang keadaan usus yang sihat? Probiotik adalah kultur hidup yang berada di dalam usus anak anda. Manakala prebiotik adalah bakteria baik yang merangsang pertumbuhan bakteria sihat dalam sistem usus anak anda. Dalam kata lain, prebiotik adalah makanan untuk probiotik.

Pediasure® mengandungi kultur hidup Bifidobakterium Laktis dan Laktobacillus acidopilus yang merupakan bakteria baik untuk menyokong sistem imuniti anak anda.

Sediakan Anak Anda untuk Prasekolah

Pre school

Adakah anak anda bersedia untuk prasekolah?

Di prasekolah, anak anda memerlukan tenaga untuk belajar kemahiran baru, memperolehi pengetahuan, dan berseronok sepanjang hari. Sama ada anak anda belajar membaca, menyelesaikan teka-teki, atau bermain di taman permainan, tenaga penting untuk anak aktif. Jadi bagaimana anda memastikan anak anda mempunyai tenaga mencukupi? Pastikan pengambilan makanannya termasuk nutrien penting seperti karbohidrat dan protein untuk mengekalkan tenaga sepanjang hari.

Tabiat Pemakanan yang Baik Akan Dibawa Hingga Dewasa

Audult Hood

Tahukah anda pemakanan anak anda hari ini memberi kesan terhadap tabiat pemakananya di kemudian hari? Peringkat awal zaman kanak-kanak adalah peluang keemasan untuk menerap tabiat makan yang baik. Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan penting untuk menggalakkan corak pemakanannya yang berkhasiat. Pastikan makanan berkhasiat untuk anak anda supaya mereka tidak menjauhkan diri daripada brokoli atau bayam apabila besar nanti.