English
BAGAIMANA UNTUK MENGALAKKAN ANAK ANDA MENCUBA MAKANAN BARU

Sebagai orang dewasa, kadang-kadang kita susah nak cuba makanan baru. Jadi, adalah perkara biasa untuk kanak-kanak juga berasa tidak selesa untuk makan sesuatu yang belum pernah dicuba.

Bagaimana Untuk Mengalakkan Anak Anda Mencuba Makanan Baru

Jangan bandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain. Dengan galakan dan masa, mereka akan selesa dengan pelbagai makanan lain. Jika anda memahami sumber masalahnya, maka anda boleh mengubah pendekatan mengikut kesesuaian.

Jangan Paksa Anak Anda Makan

Dont force

Bayangkan apa yang akan berlaku jika anda memarahi mereka: "Makan brokoli atau tidak boleh menonton TV!" Anak anda dapat mengesan anda berasa marah apabila mereka tidak suka dengan sesuatu makanan. Mereka akan berasa takut ketika waktu makan. Cuba katakan, "Makan brokoli ini dan boleh tinggi seperti ayah", dengan nada menggalakkan. Dengan dorongan; mereka berasa disokong dan disayangi, dan lebih bersedia untuk makan atau menerima makanan yang anda sediakan.

Hidangkan Makanan Dalam Cara yang Menarik

Food

Jika mahukan anak anda makan, fikirkan bagaimana bentuk hidangannya. Anak anda mungkin enggan makan jika makanan tidak nampak menarik walaupun makanan itu sedap. Asingkan makanan mengikut warna, bentuk, atau tekstur. Kanak-kanak sukakan kepelbagaian makanan di dalam pinggan mereka. Sebagai contoh, letakkan kubis di sebelah kiri atas, lobak di sebelah kanan atas, ayam di tengah, dan kentang di bahagian bawah. Asingkan makanan di antara satu sama lain untuk mengelakkannya kelihatan berterabur.

Keluarga Memainkan Pengaruh Penting

family

Tahukah anda, anak-anak yang makan bersama keluarga lebih cenderung mencuba makanan baru? Jangan harapkan anak anda makan kubis jika anda tidak sukakan kubis. Pamerkan tabiat makan yang positif untuk diamalkan oleh anak anda. Terangkan sebarang rasa, tekstur, atau bau yang baru untuk menyediakan mereka sebelum makan. Sentiasa bersabar apabila memperkenalkan makanan baru kepada anak anda. Hidangkan saiz yang kecil dan tambahkan ke saiz yang lebih besar. Jadikan setiap waktu makan positif dan menyeronokkan. Berbual dengan anak anda mengenai hari persekolahan mereka atau kongsikan hari anda. Elakkan perkara atau topik negatif yang akan menjejaskan mood anak anda semasa makan.

Ajak Anak Anda Menyediakan Makanan

Meal Preparation

Kanak-kanak belajar dengan baik menerusi deria mereka. Bawa anak anda ke pasar. Pilih epal dan minta anak anda menghidu atau menyentuhnya. Sekiranya mereka sudah biasa dengan makanan itu, anak anda mungkin akan memakannya. Galakkan anak anda membantu di dapur. Tukang masak cilik ini boleh melenyek kentang, memecahkan telur, mencampurkan salad, atau menyiapkan meja. Apabila terlibat dalam penyediaan makanan, anak anda akan merasa ingin tahu, dan lebih berminat untuk makan makanan yang dihidangkan.