English
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TUMBESARAN

Faktor yang Mempengaruhi Tumbesaran

Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan mengenai potensi tumbesaran optimum anak anda apabila mereka meningkat dewasa.

 

Berikut adalah beberapa faktor risiko yang mempengaruhi tumbesaran:

Factors-Affecting-Growth-1

Defisit Antropometrik 1

Factors-Affecting-Growth-2

Kekurangan Nutrien 3

 Factors-Affecting-Growth-3

Isu Pemakanan 2

Factors-Affecting-Growth-4

Keadaan Kesihatan 3

 
 

BEBERAPA MASALAH PEMAKANAN YANG BIASA:

KURANG SELERA

  • Sangat aktif
  • Mudah terganggu
  • Lebih minat bermain daripada makan
Factors-Affecting-Growth-5

MEMILIH MAKAN

  • Tidak gemar mencuba makanan baru
  • Tidak suka sesetengah makanan berdasarkan rasa, tekstur, bau & rupa
  • Mungkin wujud masalah sensori lain
Factors-Affecting-Growth-6
 

PANDUAN UMUM KETIKA MAKANAN:

General-feeding-rules-1 Avoid distractions

Elakkan gangguan

General-feeding-rules-2 Avoid using food to reward child

Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran

General-feeding-rules-3 Avoid using food to reward child

Berhenti memberinya makan selepas 20-30 minit

General-feeding-rules-4 Avoid using food to reward child

Sediakan jumlah sajian yang bersesuaian dengan umurnya

General-feeding-rules-5 Avoid using food to reward child

Sediakan 3 makanan & 2 snek untuk menggalakkan selera makan

General-feeding-rules-6 Avoid using food to reward child

Galakkan menyuap makanan sendiri & biarkan jika comot

General-feeding-rules-7 Avoid using food to reward child

Perkenalkan makanan baru setiap minggu

General-feeding-rules-8 Avoid using food to reward child

Galakkan kelakuan baik dan latih disiplin ketika makan

Rujukan:
1 Axelrod et al. Pediatric Enteral Nutrition. 2006
2 Kerzner et al. A Practical Approach to Classifying and Managing Feeding Difficulties. 2014
3 Katona & Katona-Apte. The Interaction between Nutrition & Infection. 2008
 

IMPAK NUTRISI TERHADAP KETINGGIAN KANAK-KANAK

Genetik memainkan peranan dalam menentukan ketinggian. Namun anak anda berpotensi untuk mencapai ketinggian pertengahan ibu bapa (di antara ketinggian anda dan pasangan), dan salah satu faktor penentu ialah nutrisi1.

Dalam 5 tahun pertama kehidupan, nutrisi mempengaruhi 80% tumbesaran manakala genetik hanya menyumbang 20%2. Oleh itu, amat penting untuk memastikan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk mencegah pembantutan atau kurang tumbesaran.

Beberapa kajian telah menyimpulkan beberapa hujah menarik untuk mencapai ketinggian optimum:

KEPENTINGAN SOSIAL

Avoid using food to reward child
Kajian terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang tinggi adalah lebih popular3. Calon yang lebih tinggi berjaya memenangi 67% undi popular4. Pakar psikologi mengatakan ini adalah kerana ramai yang menganggap lelaki yang lebih tinggi adalah lebih baik dalam menyediakan keperluan asas. Malah, dalam masyarakat, mereka yang tinggi dianggap pemimpin sejati, lebih dihormati, juga lebih berkarisma5.

KEJAYAAN AKADEMIK DAN KERJAYA

Avoid using food to reward child
Kajian menunjukkan yang ketinggian sering dikaitkan dengan pencapaian akademik dan kerjaya yang lebih baik. Penyelidik dari University of Edinburgh di Scotland menemui hubung kait di antara IQ dan ketinggian, dalam 6000 subjek6. Mereka juga dikatakan mempunyai pendapatan lebih tinggi di tempat kerja, sama ada menerusi pelantikan ataupun peluang.

PRESTASI SUKAN

Avoid using food to reward child
Walaupun ketinggian tidak menentukan kejayaan dalam sukan (ia bergantung kepada usaha dan masa yang diberikan), atlet yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih baik. Pemain bola keranjang yang tinggi mampu melompat dan menghalang pemain lain dengan lebih baik. Pemain badminton yang tinggi pula boleh melihat ke seluruh pelosok gelanggang dan mempunyai hayunan raket yang lebih bertenaga. Perenang yang tinggi boleh membuat pusingan lebih pantas kerana saiz badan memberikan lebih kuasa dan jangkauan yang lebih jauh. Sama ada anak anda bercita-cita untuk beraksi di Olimpik atau tidak, ketinggian memainkan peranan dalam memberikan mereka keseronokan bersukan dan menjadi aktif.