English

APAKAH ITU TINGGI & BERAT NORMAL

APAKAH ITU TINGGI & BERAT NORMAL

Di Malaysia, 1 daripada 3 kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah mengalami masalah terbantut atau berhadapan risiko terbantut*. Pertambahan masalah terbantut dan kurang berat badan di kalangan kanak-kanak ini menimbulkan kebimbangan kerana ia menunjukkan perkembangan isu-isu berkaitan kekurangan nutrisi yang perlu ditangani.

Purata ketinggian dan berat badan kanak-kanak adalah di antara 25 dan 75 persentil pada carta tumbesaran. Ini bermakna, separuh daripada kanak-kanak dalam lingkungan umur tertentu berada dalam persentil tersebut.

Apabila anda membawa anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan berkala, mereka akan mengukur tinggi dan berat dan memaklumkan anak anda jatuh dalam persentil yang mana. Ini membantu mereka mengetahui jika anak anda membesar dengan baik.

Jika anda bimbangkan berat badan dan ketinggian anak anda berada di bawah atau di atas paras biasa, rujuklah pakar pediatrik untuk mendapatkan nasihat nutrisi yang bersesuaian.

Untuk memeriksa sama ada tumbesaran anak anda di landasan yang betul, isikan ruang di bawah.

KETAHUI POTENSI KETINGGIAN ANAK ANDA APABILA DEWASA DI SINI.

Pastikan anak anda berada di landasan yang betul!

ft in
cm
lbs
kgs
ft in
cm
ft in
cm

*Laporan penuh latihan Pemeriksaan Tumbesaran Seluruh Negara yang dijalankan
IMFeD di 225 klinik paediatrik swasta di antara
April – Julai 2018 di kalangan 20,748 kanak-kanak berumur 1-5 tahun.