English

MENGUKUR TUMBESARAN ANAK DENGAN BETUL

Jika Anda Tersalah Ukur, Tumbesaran Anak Anda Mungkin Terjejas.

Mengukur Tumbesaran Anak Kecil dengan Betul

Cara biasa untuk mengukur tumbesaran kanak-kanak:

Penimbang berat tidak tepat – menimbang berat anak di rumah tidak dapat mengukur tumbesaran dengan tepat kerana bacaannya berbeza-beza. Berat kanak-kanak mungkin naik mendadak, hilang berat badan ketika sakit, atau bertambah berat apabila makan berlebihan di musim cuti. Maka, ia tidak dapat menunjukkan pertambahan tumbesaran yang betul.

CARA LEBIH BAIK MENGUKUR TUMBESARAN:

 
measuring-growth-step1-box-mob

Langkah 1:

Pertengahan Ketinggian Ibu bapa

Ketahui potensi maksimum untuk ketinggian anak anda apabila dewasa dengan menggunakan Anggaran Ketinggian PediaSure dengan mengisi tarikh lahir, jantina, ketinggian semasa dan berat anak anda, serta ketinggian anda dan pasangan anda. Secara genetik, anak anda seharusnya mencapai potensi ketinggiannya berdasarkan ketinggian anda dan pasangan. Faktor lain yang mempengaruhi tumbesaran ialah pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan imuniti yang membantu meningkatkan tumbesaran.

Diadaptasi dari Rujukan WHO 2007, kaedah ini menghasilkan dua lingkungan tumbesaran yang mewakili: Potensi Tumbesaran Maksimum dan Anggaran Ketinggian Dewasa. Perbezaan antara Anggaran Ketinggian Dewasa dan Potensi Tumbesaran Maksimum memperlihat sama ada anak anda benar-benar memperoleh nutrisi yang diperlukannya.

 
 
measuring-growth-step2-box-mob

Langkah 2:

Bawa Anak Anda Berjumpa Pakar Pediatrik

Jumpa pakar pediatrik untuk mengukur dan mengawasi tumbesaran anak anda sekurang-kurangnya dua kali setahun. Pakar pediatrik dapat mengenal pasti jika anak anda membesar secara optimum dan mencadangkan penyelesaian untuk menggalakkan tumbesaran menerusi pengawasan tumbesaran yang kerap dan merekodkannya pada carta tumbesaran.

 
 
 

Klik di sini untuk ke Anggaran Ketinggian

 

LIMA TAHUN PERTAMA ADALAH PELUANG PERTAMBAHAN KETINGGIAN UNTUK SETIAP KANAK-KANAK

Setiap tahun, anda perlu menilai jika anak anda mampu mencapai trajektori potensi tumbesaran mereka. Perkara ini penting agar mereka membesar riang dan mempunyai masa depan yang sihat. Sediakan mereka dengan semua sumber yang diperlukan. Ketinggian adalah penunjuk penting untuk nutrien yang mencukupi pada jangka panjang, dan 60% ketinggian dewasa dicapai dalam lima tahun pertama kehidupan anak anda. Intervensi awal sangat penting untuk memaksimumkan potensi tumbesaran mereka.